Tuesday 19 March 2013

Latar Belakang



Program j-QAF merupakan singkatan daripada "j' bermaksud Jawi, "Q" bermaksud al-Quran, "A" bermaksud Bahasa Arab dan "F" bermaksud Fardu Ain merupakan cetusan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Ke 5 iaitu Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. 

   Program j-QAF merupakan suatu usaha berterusan bagi memperkasakan dan memantapkan pendidikan Islam dengan memberi tumpuan dan perhatian yang khusus melalui kurikulum serta model dan modul yang tersendiri. Perlaksanaan, program j-QAF melalui model  yang dirancang sperti Model Khas Pemulihan Jawi, Model Tasmik, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat.

         Pada 3 – 5 Mac 2004, KPM telah mengadakan Seminar j-QAF di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang. Setelah 8 tahun perlaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah, Bahagian  Pendidikan Islam KPM bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Institut Islam  Hadhari UKM akan mengadakan Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 bertemakan "Memperkasakan program j-QAF dalam Pendidikan Islam" Seminar ini bertujuan bagi mengumpulkan hasil penyelidikan menerusi kajian-kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan program j-QAF dalam usaha memperbaiki dan memperkasakan Pendidikan Islam sebagai medium penting dalam pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input serta output  baru mengenai perlaksanaan program j-QAF kepada pihak-pihak yang berkenaan.